Label Revolution

Friend of Islam Revotulion

Selasa, 03 Mei 2011

postheadericon Mereka Unik



    Ada antara mereka yang sanggup tinggalkan baju cantik-cantik, wangi-wangian mahal, hidup senang lenang dalam kemewahan dan pilih kehidupan yang penuh dengan kesusahan dan dugaan hinggakan terkorban dalam keadaan tidak cukup kain untuk menutup jenazahnya.

    Ada antara mereka yang sanggup menyerahkan segala harta dan hanya meninggalkan dua perkara sahaja kepada anak dan isteri demi urusan ‘kerja’.

    Ada antara mereka yang sanggup makan daun kayu dan diseksa walaupun mereka ada sahaja pilihan untuk makan daging dan roti dan bersenang lenang tanpa tekanan.

Siapakah mereka ini?

    Mereka adalah generasi Al-Quran yang unik.

Mereka sahabat-sahabat Rasulullah SAW, generasi pertama yang memeluk Islam dan bersama Rasulullah berjuang demi Islam.

Tapi kenapa mereka unik? Dan apa kaitannya dengan Al-Quran? Kita juga ada Al-Quran atas rak dalam rumah, tapi kenapa mereka unik, kita tak? Apa kelebihan Al-Quran pada zaman mereka dengan Al-Quran atas rak kita?

Kerana mereka ‘belajar untuk melaksanakan’.
Mereka belajar Al-Quran untuk dilaksanakan dengan serta-merta. Mereka membaca Al-Quran bukan sekadar untuk menambah ilmu di dada sahaja tapi mereka laksanakan! Sebagaimana seorang perajurit menerima arahan yang tegas dan mereka terus laksanakan, begitulah juga dengan generasi Al-Quran yang unik ini. Kadang-kadang mereka lebih suka belajar sikit sahaja walaupun cuma 10 ayat, supaya mereka betul-betul dapat hafal dan laksanakan!

Bukan setakat itu sahaja, mereka juga melucutkan (tajarrud) diri mereka dari zaman lampaunya di zaman jahiliyah secara keseluruhan. Mereka tinggalkan jahiliah secara total. Ini kerana mereka merasakan apa yang mereka lakukan di zaman jahiliyah dulu adalah kotor dan tidak sesuatu dengan ajaran Islam. Namun, ada ketikanya mereka didorong oleh nafsu untuk tertarik dengan jahiliyah yang dulu, ataupun ada ketikanya juga mereka merasa lemah semangat juang, mereka akan berasa bersalah dan berdosa dan kerana itulah mereka berusaha sedaya upaya mengikuti panduan yang digariskan Al-Quran untuk membersihkan kembali hati mereka.

Bagaimana dengan kita?

Percaya atau tidak kalau saya katakan bahawa kita sedang berada di tengah-tengah suasana jahiliyah yang serupa dengan suasana jahiliyah yang wujud pada zaman kedatangan Islam dulu, malah lebih gelap lagi.

Cuba perhatikan 4 jenis perkahwinan pada zaman jahiliyah (hadis riwayat Saidatina Aisyah ra):

1) Perkahwinan seperti yang berlaku di zaman kita sekarang, iaitu seorang lelaki meminang seorang anak perempuan orang lain yang halal dinikahinya, dan pihak yang kedua setuju, dan mereka melangsungkan perkahwinan.

2) "Kahwin mencari anak pintar". Si suami menyuruh isterinya bersetubuh dengan lelaki lain (yang memiliki ciri-ciri tertentu mungkin) dan setelah isterinya mengandung hasil persetubuhan itu barulah si suami akan menyetubuhi isterinya, kalau dia mahu. Disuruh melakukan sebegitu adalah kerana ingin mendapatkan anak yang pintar.


3) Sekumpulan lelaki (kurang 10 orang) berpakat menyetubuhi perempuan tertentu mengikut giliran masing-masing. Dan bila perempuan itu mengandung dan seterusnya melahirkan anak, lelaki-lelaki tadi akan dikumpulkan dan perempuan tersebut yang akan memilih lelaki mana yang boleh memiliki anak tadi. Dan lelaki yang dipilih itu mesti bertanggungjawab.

4) Orang ramai berkumpul untuk menyetubuhi seorang wanita (tanpa apa-apa pakatan)dan perempuan tersebut tidak boleh menolak walau sesiapa sahaja yang ingin menyetubuhinya. Setelah perempuan itu mengandung dan melahirkan anak, lelaki-lelaki tadi akan berkumpul dan membuat pakatan untuk memilih siapa antara mereka yang bertanggungjawab menjaga bayi tersebut. Dan lelaki yang terpilih itu tidak boleh menolak keputusan ramai dan mesti menjadi ayah kepada anak itu.

Sekali baca, saya rasa MasyaAllah, teruknya zaman jahiliyah itu. Memang jahiliyah la zaman jahiliyah tu. Tapi bila fikir balik dan renung seketika tentang zaman sekarang, ada juga kes rogol beramai-ramai, tapi zaman kita ni lagi jahiliyah dan gelap sebabnya anak itu dibuang! Tiada yang bertanggungjawab malah ada yang sanggup membunuh. Bukan setakat penzina tapi pembunuh. Sesungguhnya mereka di zaman kita ini pelampau! Dalam tak sedar, kita berada di zaman jahiliyah yang jauh lebih jahiliyah dari zaman sebelum senaskhah Al-Quran diturunkan.

Pada ketika itu, mereka tidak lagi pun menerima senaskhah Al-Quran yang lengkap 30 juzuk kerana Al-Quran diturunkan secara berperingkat. Tapi kita sekarang? Kita ada naskhah yang lengkap dan dah siap ada baris lagi. Kalau tak faham bahasa Arab boleh cari Al-Quran yang ada terjemahan bahasa Melayu mahupun English. Pelbagai saiz, bentuk dan warna juga boleh dipilih. Nak yang poket saiz bentuk diari warna biru pun ada. Tapi.... Semua itu tak mampu tajarrrudkan jahiliyah dalam diri setiap dari kita. Jadi tak hairanlah jika generasi sahabat Rasulullah itu digelar generasi Al-Quran yang unik kerana hanya mereka sahaja yang mampu 'belajar dan laksanakan' ayat-ayat Al-Quran itu sesempurna yang boleh.

Kerana itu, kita perlu kembali semula pada Al-Quran dalam erti kata yang sebenar. Memang Al-Quran kita cantik, warna biru, senang nak bawak sebab saiz poket, ada terjemahan dalam bahasa Melayu, senang nak faham tapi sayang ianya terletak di atas rak! Bukan di HATI!!

Satu sahaja. Kembalikan AL-Quran ke hati kita. Dan kemudian, tajarrud jahiliyah dari diri secara total. Mulakan dengan diri sendiri dan pada masa yang sama (jangan tunggu bersedia kerana kita tak akan pernah bersedia) tajarrudkan juga jahiliyah dalam masyarakat. Moga Allah tunjukkan jalannya, InsyaAllah.

0 komentar:

About Me

Foto Saya
Admin Islam Revolution
Mari mencari ilmu bersama sama dengan tujuan yang sama, yaitu untuk mencapai Ridha-Nya. Amin :D
Lihat profil lengkapku

Visitor Revolution

Feedjit Revolution